KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Wednesday, September 16, 2009

LUAHANKU...

Kedinginan mlm, ditambah dgn kesunyian dan dr kejauhan alunan zikrullah yg berkumandang lembut menghanyutkan aku ke satu dimensi lain yg xdpt digambarkan dgn kata2. Indah… sungguh indah. Dan mlm ini adalah mlm terakhir aku di sini. Menjalani ibadah puasa Ramadan. Esok aku akan pulang. Pulang membawa segunung kerinduan yg ku pendam jauh di lubuk hatiku.

Xsabar rasanya ingin pulang. Berjumpa dgn nya utk kali pertama. Mendakap nya, mengucup nya dan memeluk nya erat2. Tp… waktu bersama nya terlalu singkat. Dia terpaksa pergi meninggal kan ku. Blm sempat kerinduan ini ku lepaskan kpd nya. Namun siapalah diri ku… ada insan lain yg jauh lebih menyayangi nya. Tp aku bersyukur krn diberi peluang utk bersama nya. Walaupun seketika….ia amat bermakna….

Tp…. Kesedihan itu tetap terasa. Krn ape??? Krn thn ini adalah thn terakhir aku berada di sini. Menjalani ibadah puasa bersama2 sahabat2 yg aku amat sayangi. Sahabat yg tanpa nya membuatkan ku rindu, kesunyian dan kehilangan.

Thn hadapan masih belum pasti. Di mn kah kaki ini akan berpijak. Langit mn kah yg akan ku junjung. Dan siapakah yg akan bersama ku utk menjalani ibadah puasa ini. Semoga aku dipanjangkan umur utk menjalani ibadah puasa dan ku mengharapkan agar ia akan lebih baik dr thn ini…AMIN….

Kepada ayahanda dan bonda ku. Sesungguhnya diri ini terlalu byk melukai dan menyakiti hati mu. Ampuni lah anakanda mu ini. Halalkan segala rezeki yg telah kau berikan dr awal kelahiran ku hinggalah ke hari ini. Jasa mu x mungkin dpt ku balas. Aku hanya mampu berdoa agar kau sentiasa berada di dalam naungan kasih sayang Nya.

Kepada kakanda2 ku. Terima kasih krn sudi melayani karenah2 ku. Aku tahu, aku bukanlah adik yg baik. Aku sering menyakiti hati kalian semua. Namun kalian tetap sabar dan sentiasa memberikan sokongan dan semangat kpd ku. Ampuni lah adinda mu ini. Sesungguhnya adinda mu ini sentiasa ingin perhatian dan kasih sayang dr kalian semua.

Kepada adinda2 ku. Kenangan bersama kalian adalah waktu yg paling manis dlm hidup kakanda mu ini. X mungkin ku temui adik yg sebaik dan secomel kalian. Akan terus ku curahkan kasih sayang ku pada kalian semua. Semoga kalian semua berjaya mengejar cita2 kalian semua.

Kepada anakanda2 ku. Sesungguhnya bonda mu ini xsabar2 lg utk bertemu kalian semua. Mahupun hanya seketika. Namun, ia amat bermakna. X pernah walaupun sesaat bonda mu ini melupakan anakanda. Kerinduan pada mu sentiasa ada dlm setiap helaan nafas bonda. Cepatlah membesar dan menjadi insan yg berguna.

Kepada sahabat2 ku. Kalian adalah anugerah yg sgt bernilai dlm hidup ku. Terlalu bertuah rasanya diri ini krn berpeluang mengenali kalian semua. Semoga persahabatan ini akan kekal abadi utk selama nya….

Kepada saudara2 ku serta keluarga2 angkat ku. Terima kasih krn sudi menerima diri ini. insya-Allah aku x kan melupakan kalian semua.

Kepada arwah kakanda dan adinda ku. Aku sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kalian berdua. Semoga kalian berdua ditempatkan di samping org2 yg beriman dan bertakwa. Insya-Allah semoga kita akan bertemu lagi di syurga.

Dan kepada yg mengenali diri ini. 1o jari ku susun memohon maaf atas segala kesalahan yg pernah aku lakukan. Sesungguhnya diri ini tidak pernah sempurna dan sentiasa melakukan kesalahan..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Tuesday, September 15, 2009

CUBA LAH UTK MENGERTI

Knp hati ini terlalu sukar utk dimengerti. Perasaan apa kah yg wujud dlm diri ku ini. Xsiapa yg bisa menjelaskan nya. Aku sendiri x bisa utk mengerti perasaan sendiri. Di saat aku perlukan seseorg di sisi. Dia hadir memberikan sinar menerangi kesuraman ku. Memberikan semangat dan harapan. Agar aku terus berdiri dan berlari. Mengejar mimpi yg xpasti.

Masih ku ingat tarikh keramat itu 23/04/2009. Hanya dia yg ada di hadapan ku. Menemani ku tanpa rasa jemu. Walau tiada sebarang kata yg terucap di bibir ku namun dia masih setia menemani, Menunggu dgn sabar tanpa rasa jemu di hati. Tarikh itu, ya tarikh itu yg menjadikan aku lebih matang dlm usia ku. Namun tidak dr segi rupa fizikal ku. Yg masih sama walaupun tahun dtg silih berganti. Dan esok adalah hari penentu bg kami. Atas segala usaha, keringat dan kepayahan dlm mencapai satu impian.

Kehadirannya menyentuh hati kecil ku. Walau tiada kata yg terucap di bibir ku. Namun hati ini x putus2 mengucapkan “terima kasih” krn sudi menemani ku di saat tiada insan lain di sisi. Terasa janggal utk berada di hadapan nya. Dan mulai di saat itu hati ini mula menyayangi nya. Rasa yg bisanya wujud utk insan2 yg ada dlm ruang kepala dan sudut kecil hatiku. Namun dia kini mengisi salah satu ruang yg ada. Aku ingin dia sentiasa menemani ku. Mengenalinya adalah satu kebetulan namun menyayangi nya adalah perkara di luar kawalan. Walaupun dia bukan lah insan yg istimewa dlm hidup ku namun sayang ku pd nya terlalu istimewa. Mungkin krn sifat nya yg pandai mengambil hati dan menceriakan ku, meletakkan nya setaraf dgn insan2 teristimewa dlm hidup ku.

Dan sekali dia telah mengisi ruang yg ada di ruang2 kepala dan hatiku. Aku xkan mengizinkan nya pergi meninggalkan ku. Aku akan terus menyayangi nya dan terus menyayanginya sebagai mn aku menyayangi insan2 lain yg ada di ruang yg sama. Walaupun kini dia telah pergi jauh meninggalkan ku namun rasa ini tidak akan hilang dek jauhnya jarak yg memisahkan kami.

Doa ku utk nya Semoga dia berbahagia dan bergembira selalu. Aku mengharapkan tiada lg kisah sedih yg menyelubungi hidupnya. Kegembiraannya adalah kegembiraan ku dan kesedihan nya adalah kesedihan ku. Senyuman nya adalah penawar yg menjadi azimat dlm kamus hidup ku…..SAHABAT MENGERTILAH BAHAWA SELAGI DIRI INI MASIH BERNYAWA, MASIH ADA INSAN YG MENYAYANGI DIRIMU....

Monday, September 14, 2009

.......

Aku menarik nafas dlm2. Tiba2 aku merasakan aku semakin jauh dgn Nya. PemergianNya membuatkan ku tidak keruan. Saat nya telah makin hampir. Di saat pemergian tlh semakin hampir aku hanya membatu, membisu dan terkedu. X berupaya melakukan apa2. Siapalah aku yg mampu melawan takdir. Walau apa pun yg aku lakukan ia pasti pergi jua. Pergi meninggalkan ku. Pergi yg blm pasti kembalinya. Andai ditakdirkan ia bisa kembali lg. mungkin kah aku masih bernafas tika itu. Aku amat merinduinya. X ingin rasanya diri ini berpisah dgn Nya. Tp ini lah hakikat yg harus aku terima. Stp yg dtg pasti akan pergi. Dan apabila ia dtg lg mungkin aku yg terpaksa pergi. Itu lah hakikat kehidupan tiada yg kekal abadi. Aku hanya mampu berdoa agar masih dipanjangkan umur agar aku bisa bersamanya lg. bersamanya menyelami hati dan belajar utk mencintai. Mencintai pd yg sudi utk mencintai. Bkn sahaja mencintai tp menyayangi dan mengasihi. Hanya aku yg daif akan cintanya yg x bertepi. Memberi ku segala kemahuan dan kenikmatan yg x mungkin mampu dimiliki tanpa izin Nya.

Ramadan kali ini terlalu bermakna bg ku. semoga masih ada Ramadan utk ku di thn hadapan. Ya Allah pjgkan lah umurku. Izinkan lah aku utk bersama Nya lg. Sesungguhnya hamba mu ini terlalu daif dlm mengenal cinta mu. Ampunkan lah segala dosa2 ku. Dosa kedua ibu bapa ku. Dosa ahli keluarga ku. Dosa sahabat2 ku. Dan dosa Muslimin Muslimat seluruhnya. Tempatkan lah kami di samping org2 yg bertakwa. AMIN…

Sunday, September 13, 2009

miss call...


dekat2 nak cuti ni maka kembali lah hobi aku yg satu ni. aku suka sgt miss call org esspecially masa aku kat umah, ngah2 boring. huhuhu nak tau sbb nya??? ni aku senaraikan antara sbb2 org wat miss call.....



'Miss Call' atau bahasa smsnya 'mis kol' bukan sahaja bermaksud panggilan yang tidak berjawab. Sebenarnya banyak kegunaan miss call ni..

Ia juga boleh bermaksud:-


Apa khabar?-

You OK?-

Saya sedang memikirkan awak-

Ko tengah buat apa sekarang?-

Saya rindukan awak-

You 'free' ke sekarang?-

Boleh bercakap ke sekarang?-

Tolonglah..- Call saya semula topup dah nak habis (ni paling biasa la)

Boring la..-

Jaga diri..-

Jangan lupa beli bawang..


Kesimpulannya kegunaan miss call ialah:


kawan miss call semasa mengingati kawannya,

pasangan kekasih miss call semasa merindui pasangannya,

bapa miss call anaknya supaya anaknya sentiasa berhati-hati ,

guru miss call muridnya untuk wish good luck menghadapi exam,

isteri miss call suaminya supaya tidak lupa membeli barangan yang dipesan dan banyak lagi.

Sekarang anda dah tau banyak kegunaan miss call ni

jadi lepas ni kalau aku miss call kalian semua jgn lah marah ya. tu maksudnya aku rindu sangat kat kalian semua dan sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari hati ku yg suci.huhuu

KEAJAIBAN AIR MATA..

ermmm artikel ni aku ambik dr blog seorang teman. amat menarik dan rasanya perlu dikongsikan dengan kalian semua...


Adakah menangis tidak ada guna..adakah orang yang selalu menangis tidak sihat?, manja?, mengada-ngada?, banyak air mata? dan lain-lain. Sebenarnya menangis boleh menjadi ubat yang amat mujarab untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran..

1. Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria


Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis dapat mengurangkan stres ? Air mata dapat mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina ukhwah

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.