KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Thursday, October 8, 2009

roommateKu...



Roommate baru ku si ikan puyu.. ermm seronok gak bila ada hidupan lain dlm blk kita ni..walaupun keseorangan tapi xbersendirian… huuhuhu.. bila2 bosan, sunyi, sepi, xtau nak wat pe, leh gak lah borak2 ngan dia. Nak tau nama dia sape?? Huhuhu xyah lah tau..yg penting aku selalu panggil dia “sayang”… kadang2 roommate aku selalu pelik tgk perangai aku sekarang ni sbb selalu sgt ckp sorg2.. dia ckp parah dah dak ni…huhuu… memang lah pd kenyataan nya aku ckp sorg2 tp hakikatnya aku x berckp sendirian. Aku ckp ngan si ikan ni… salah ke aku.. klu aku ckp ngan dia… walaupun dia xbg ape2 respon tp dia bagaikan mengerti ape yg nak aku katakan.. klu aku ckp ngan dia… dia pandang je aku…pastu dia berenang2 dgn lembutnya dlm balang dia… suka aku tgk dia.. tenang rasa jiwa…yg sentiasa kusut dgn bermcm2 masalah…

Mari kita berkongsi… betul ke org ckp ikan puyu ni blh menghalang kuasa jahat dr msk ke bilik klu kita simpan dia kat bilik kita??? Mitos ni aku sendiri pun xpasti… tp… ni lah yg dikatakan oleh org tua2 kita…dan sbb tu jugalah aku sanggup mengangkut si ikan puyu ni dr Pahang sampai ke peneng ni. Perjalanan yg agak jauh… tp.. klu nak diingat semula utk si ikan ni sampai ke sini dia terpaksa menaiki 6 jenis kenderaan.

1st dia terlekat pd jaring di sungai pahang maka dia naik lah bot dan di bawa blk ke rumah tuan dia yg pertama dan diletakkan dlm akuarium. Pastu aku n adik aku dtg ambik sbb kitaorg dah cr merata2 dah xjmpa ngan si ikan puyu. So.. km ambik keputusan ceduk je ikan puyu si Syuko yg ada dlm akuarium dia.huhuhu..jgn marah ye Syuko…pastu aku letak dia dlm balang dan bwk dia blk umah naik moto…maka kenderaan ke dua dia ialah moto…

Pastu sampai kat umah aku letak dia dlm balang yg lg kecik bg mudah ckit aku nak bwk dia naik bas nanti…aku letak dia ngan 3 ekor kwn dia iaitu si ikan sepat… tp…malangnya kwn2 dia mati menjelang malam tu sblm aku bertolak ke temerloh… nasib baik aku tgk dulu sblm bwk kan…klu x bwk blk ikan mati lah alamatnya…xtau lah sbb ape dia mati..dah ajal dia…tinggallah si puyu ni sekor meneruskan perjalanan dan pengembaraan nya yg jauh…

Kenderaan ke 3 yg dinaiki ialah ezora kereta ayah aku…sampai temerloh lepas 1 jam menunggu lalu aku dan dia pun naik lah bas…kenderaan yg ke 4. Aku bwk dia naik atas..dok sekali ngan aku..huhuhu org sebelah pandang aku semacam je..lantak ar dia…lepas 7 jam dlm bas km sampai butterworth.... kul 4.30pg.. pastu aku bwk ar dia ni jln kaki ke jeti…

Dlm kul 5.30 feri sampai…aku dan dia pun naik lah feri..kenderaan yg ke 5… sejuk giler dlm feri..aku peluk je lah balang dia..sapai dlm kul 6. Jln2 cari bas rapid peneng.. dah jmpa bas 303..terus naik…penumpang 1st.huhuhu…bas rapid kenderaan yg ke 6. Maka sampai lah km ke USM…

Jln2 sampai bilik terus tukar balang dia..sian aku tgk dia letih kot jln jauh sgt..lemah semacam je..jgn mati udah le…penat aku bwk dia…nasib aku baik..nyawa dia pjg… sampai skrg masih lg berenag2 dgn aman di tempat br nya…huhuhu.. dan jd lah dia roommate br aku…

Tu lah kisah pengembaraan dia yg jauh dan pjg…bukan senang tau dia nak sampai sini…huhuu. sbb tu gak ar aku syg sgt kat dia....

Sunday, October 4, 2009

TALADAN....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.


Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar, Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.


Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah..


"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.


Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.


"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.


Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

mengapa perlu semua ini terjadi???? harta boleh dicari tapi insan yang kita kasihi tiada ganti...bertindaklah menggunakan akal yg rasional...jgn mengikut kata hati...kelak kita juga yg rugi....