KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Friday, November 20, 2009

BIARLAH RAHSIA...

19/11/2009 berakhirnya exam ku untuk semesta ini.. dan semesta depan adalah semesta terakhir bagi aku.. ingin ku katakan ku gembira akan pengakhiran ini adalah satu kebohongan.. entahlah terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang ku dapati sepanjang aku berada di sini.. mengenali insan yang bergelar sahabat dan mengenali insan pertama yang pernah mengetuk pintu hatiku ini.. yang pernah membuat air mata ku ini mengalir tiap kali aku merindui nya.. andai dulu dia selalu dapat ku lihat, ku tatap dan ku perhatikan dari jauh.. tapi kini dia berada jauh dari ku.. semesta ini aku mula belajar untuk merinduinya… dan aku sangat berharap semesta depan aku akan belajar untuk melupakan nya.. kerana tiap kali aku merindui nya air mata ini tanpa segan silu menunjukkan dirinya..walaupun hanya beberapa kali aku pernah bercakap berhadapan dengan nya… namun kenangan itu amat bermakna bagi ku dan tak pernah ku lupa dan akan ku kenang selagi bernafas.. tiada siapa yang mengetahui siapakah “DIA” di hatiku.. dan aku berharap agar ia akan terus begitu kerana itulah sifatku..

TERLALU MENYAYANGI MU....




Senyuman mu menggembirakan hatiku..


Tawa mu menghiburkan jiwa ku….

Bicara mu memukau mata ku…

Sungguh aku merindui mu..

Tika sang bayu membawa diri mu pergi..

Tak pernah sekalipun  aku mengizinkannya..

Wajah mu sentiasa terpahat utuh di hatiku…

Nama mu tak pernah lekang dari bibir ku…

Ke mana saja kaki ini melangkah..

Semangat mu akan bersama dengan ku..

Untuk memiliki mu…

Adalah satu mimpi yang tak mungkin terjadi…

Kau dan aku jauh berbeza..

Namun kehadiran mu sentiasa ku nanti..

Walaupun hanya sekadar melihat mu dari kejauhan…

Hatiku ini cukup terhibur…

Menatap wajah mu saban malam…

Dan mendoakan agar kau sentiasa berbahagia…

Mengerti lah bahawa hati ini terlalu menyayangi mu…

Mencintai mu…

Mengasihi mu…

Namun tak kan ku luahkan..

Kerana ku tahu…

Luahan ku hanya melepaskan kau terus dari hidup ku…

Kau yang bergelar sahabat…

Yang pernah mengajar ku erti sebuah kehidupan…

Monday, November 16, 2009

MALAS...



Di ambang kehancuran....

ermmmm ape lah nak jadi ngan aku sekarang ni...makin ari makin malas nak study...knp ya aku mls..dulu xlah mls sgt mcm ni...ni semakin dah ujung2 nak abis makin menjadi-jadi lak kemalasan ku ini...tggl 2 paper je g...mggu ni je last..buka buku je ngantuk...bc buka 1 jam..tdo 2 jam...bgn semula bc buku 1 jam...main game 2 jam...ish3 dasyat2...insaf lah oiiii...mcm mn ek nak buang mls ni dr dlm diri...sape ada tips baik punya kongsi lah ckit... tahap kritikal dah aku ni....

cuba sebaik nya agar aku xberada di ambang kehancuran....