KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Friday, November 20, 2009

TERLALU MENYAYANGI MU....




Senyuman mu menggembirakan hatiku..


Tawa mu menghiburkan jiwa ku….

Bicara mu memukau mata ku…

Sungguh aku merindui mu..

Tika sang bayu membawa diri mu pergi..

Tak pernah sekalipun  aku mengizinkannya..

Wajah mu sentiasa terpahat utuh di hatiku…

Nama mu tak pernah lekang dari bibir ku…

Ke mana saja kaki ini melangkah..

Semangat mu akan bersama dengan ku..

Untuk memiliki mu…

Adalah satu mimpi yang tak mungkin terjadi…

Kau dan aku jauh berbeza..

Namun kehadiran mu sentiasa ku nanti..

Walaupun hanya sekadar melihat mu dari kejauhan…

Hatiku ini cukup terhibur…

Menatap wajah mu saban malam…

Dan mendoakan agar kau sentiasa berbahagia…

Mengerti lah bahawa hati ini terlalu menyayangi mu…

Mencintai mu…

Mengasihi mu…

Namun tak kan ku luahkan..

Kerana ku tahu…

Luahan ku hanya melepaskan kau terus dari hidup ku…

Kau yang bergelar sahabat…

Yang pernah mengajar ku erti sebuah kehidupan…

No comments:

Post a Comment