KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Friday, September 4, 2009

HARGAILAH.....

AMIN, termenung di bawah pokok rambutan yang sedang galak berbuah. Angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan gelodak hatinya yang sedang memberontak. Amin tersepit, antara kemahuan hati mudanya ataupun keperluan abahnya yang sudah beransur usia.

PERMINTAAN ABAH "Along.. Abah nak jual motor tu." Tiba-tiba, suara abah memecahkan kesepian suasana. "Kenapa pula abah nak jual motor tu?" Amin bertanya, kehairanan. Dalam hatinya berfikir-fikir, patutlah semalam abahnya beria-ia benar nak meminta geran motor tu. Walhalnya, Lesen Kenderaan Motor dan insurannya cuma akan tamat pada bulan September nanti, sekarang baru Julai. Dan patutlah juga malam ni abah baik benar dengan Amin. Kalau tak, macam biasa aja, kerana Amin sentiasa merasakan yang dia bukanlah anak kesayangan abahnya. "Pasal nak guna duit la. Kalau tak, buat apa nak jual!" agak keras intonasi suara abah menjawab. Amin terdiam, kemudian mengalihkan perhatiannya kepada hidangan makan malam sambil menonton tayangan gambar di televisyen. Hati Amin sebu.

TANDA TANYA "Mak, kenapa abah nak jual motor tu? Ada apa-apa ke?" Keesokkan paginya sempat Amin bertanya sebelum berangkat ke tempat kerja. Keraguan yang berserabut belum lagi terurai. Amin sebenarnya amat sayangkan motornya itu. Meskipun sekarang Amin sudah berkereta, namun itu tidak bermakna Amin mengabaikan terus motor itu. Dia tetap menggunakan motor itu walaupun tidak sekerap dia menggunakan keretanya. "Tah la Long. Abah kata nak guna untuk buat pinjaman aja, bukan nak jual, mak pun tak pasti yang mana satu. Dari cara abah tu, mak tengok, macam serius aja. Along setuju tak abah nak jual motor tu? Mak harap Along tak keberatan. Ye la, memang motor tu motor along, tapi jangan lupa, abah yang bayarkan setiap bulan dulu, kan? Along tahu naik aja masa tu. Bukan mak nak mengungkit, abah pun tak pernah sebut pasal bayaran tu, cuma..., mak nak ingatkan along. Adakalanya, kita terpaksa berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Macam sekarang, kalau along nak bantu abah, nak senangkan hati abah, redhakanlah abah gunakan motor tu untuk melangsaikan masalah dia, kalaupun along tidak mampu untuk menolong abah dengan duit Along sendiri." Panjang lebar mak berucap. Amin hanya diam sambil merenung sebarisan semut yang berbaris menuju entah kemana, keluar mencari rezeki untuk hari itu agaknya. Benar sekali kata mak. Abah tidak pernah merungut tentang bayaran ansuran untuk motor itu sepanjang dua tahun yang lalu. Abah juga tak pernah meminta bayaran untuk insurans motor itu. Malah adakalanya di saat Amin kesempitan wang, pada abahlah ditebalkan mukanya menadah tangan memohon bantuan. Abah tak pernah marah, cuma abah sering menasihatinya supaya berjimat cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan harian. Amin juga sebenarnya bukanlah anak yang tidak bertanggungjawab yang tidak mahu membayar ansuran, tapi, gaji Amin kecil. Dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di pekan kecil di daerahnya, berapa sangatlah pendapatnya. Sedangkan, pendapatan yang kecil itu harus pula di bayar pinjaman pelajarannya dahulu. Mujur jumlah pinjaman yang perlu di bayar semula itu dapat dikecilkan dengan bantuan CGPAnya yang agak cemerlang dulu. Waktu itu, untuk mencari kerja tetap dengan kelayakannya amatlah sukar. Entah kerana percaturan pihak majikan atau nasib yang tidak menyebelahinya, Amin sendiri bingung. Bahasa Inggerisnya lancar, kelayakan pun cukup, tak mungkin kerana tidak menguasai bahasa Mandarin dia tidak layak menjawat jawatan di firma mereka? Sedangkan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, jadi, mengapa kita pribumi di tanah air sendiri, di bumi Malaysia yang sering kita laungkan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa', tetapi tidak berani untuk melaksanakannya. Sebaliknya kita hanya memilih untuk melutut dan menurutkan kehendak mereka! Akhirnya, beribu graduan Melayu tidak bekerja, atau hanya jadi attendan di stesen minyak, atau hanya menjadi kerani atau apa saja yang tidak setaraf dengan kelayakan. Belajar dari bawah? Lihat saja Ah Shean, SPM pun tak lulus, tapi menjawat jawatan jurutera! Sedangkan Amin, menjaja ke sana ke mari Ijazah kelas pertamanya, tapi tiada yang melayannya. Kasihan abah pada waktu itu. Tapi kini, Amin sudah mempunyai perniagaan sendiri, walaupun kecil-kecilan dan dalam usaha untuk mengukuhkan perniagaannya. Keadaan Amin sekarang bolehlah dikatakan 'lepas dari sesak', dan Amin mampu untuk menolong abah sekiranya abah perlukan bantuannya malah akan dia usahakan sebagaimanapun jua. Tapi, kenapa abah nak jual motor tu? Kenapa abah tidak meminta bantuannya?

SERBA SALAH "Aku sayang sangat dengan motor tu la Syid. Motor tu banyak kenangannya pada aku. Aku dulu eksiden dengan mat bangla hujung kampung dulu dengan motor tu la. Aku bawa si Nora masa aku tengah sakan bercinta dengan dia dulu pun, motor tu la. Sayang la Syid nak jual!" Rasyid menganggukkan kepala tanda dia mendengar luahan Amin. Rasyid adalah rakan karib Amin, sekaligus rakan kongsi dalam perniagaan mereka. Walaupun Rasyid tekun mendengar, tetapi tangannya tetap menari-nari di atas kertas drafttingnya, melakarkan sesuatu untuk di siapkan tempahan t-shirt oleh sebuah persatuan bukan kerajaan. "Aku sedar la kita punya perniagaan baru nak naik. Tapi, kalau setakat dua tiga ribu tu, aku boleh bantu abah. Aku tak kisah punya. Aku pun bukannya ada sangkut apa-apa pinjaman ke apa ke. Cuma duit JPA aja yang aku tanggung campur dengan kereta. Ala, kancil, terpakai pulak tu, apa lah sangat. Aku.. isk.. tak tahu la aku apa nak buat. Wei, Syid, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Berang Amin mula datang apabila dia merasakan Rasyid seolah-olah tidak memberi perhatian terhadapnya."He..he..he.. aku dengar la Men. Aku kan fleksibel, tangan aku kerja, telinga aku pun kerja juga. Jangan la marah, kawan. Kenapa pula abah kau nak jual motor tu? Ada dia bagitau kau tak? "Tak, kena tengking ada la. Entah. Nak kata dia hutang along, mustahil. Abah aku tu kau tahu la, tegas. Bab-bab along ni, langsung tak disetujunya. Nak kata adik-adik aku perlukan duit, semuanya ada dapat PTPTN. Mak aku, paling senang dengan dia. Tak pernah la aku dengar mak aku minta yang bukan-bukan kat abah. Kenapa ya abah nak jual motor tu? Aku nak bagi ke tak, ha?" Amin berkira-kira dengan suara yang sayu, seperti orang yang merajuk lagaknya. "kenapa pulak? Oh.. ye tak ye... motor tu kan ke nama kau... ala.. dah kau tahu keluarga kau macam tu, pasti ada sesuatu yang mendesak abah kau untuk bertindak macam tu. Macam la kau tak kenal abah kau tu. Tak nak menyusahkan orang. Ala bagi je la. Kau kan dah ada Kancil tu. Apa susah sangat nak fikir? Lagipun, motor lain tahun pun kau boleh beli lagi, tapi abah kau, mana kau nak cari? Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua, tau. Jangan pulak kau lupa tu. Kalau aku, aku bagi je. Senang, habis cerita. Semua orang tak susah hati." Tukas Rasyid, memberi pandangan."Tapi, Syid..."Men, dalam dunia ni, kau cuma akan ada satu mak dan satu abah. Tiada gantinya dan tiada nilainya kedua orang tua tu. Ni baru motor, belum lagi hal yang lebih besar, kau dah takut untuk berkorban. Anak apa kau ni, Men? Jangan la kau pentingkan diri sendiri! Kau lupa ke, pengorbanan abah dan mak kau yang membela, menjaga dan mendidik kau dari tapak kaki kau besar dua jari, sampai sekarang, dah besar tapak gajah!" Rasyid mula membangkang kata hati Amin. Amin bangun dari kerusinya, membelakangkan komputer yang dihadapnya tadi. Langkahnya di hala ke pintu, mengadap ke jalan raya. Kedai kecil yang mereka sewa dari tuan tanah di hujung pekan itu cukup sederhana dan sesuai dengan kehendak mereka. Sibuk di dalam kedai, tapi tenang suasana sekitarnya. "Men, andainya segunung emas diberikan pada kedua orang tua kau untuk ditukarkan dengan kau, anak mereka, aku berani potong jari, takkan ingin punya mak abah kau dengan emas tu. Kerana apa? Kerana kasih dan sayang serta cinta mereka kepada kau, seorang anak. Tapi kau? Malulah dengan pengorbanan mereka terhadap kita, Men. Bukan sehari dua, dah dua puluh lapan tahun. Pulak tu, bukan kau seorang, adik-adik kau lagi. Jangan la susahkan hati kedua mereka, Men. Baru sedikit benar permintaan abah kau. Padahal, hak orang tua ke atas anaknya lebih besar dari motor cabuk kau tu!" Marah benar Rasyid. Sungguh-sungguh dan serius. Amin belum pernah melihat kawan karibnya itu seserius itu sebelum ini. Amin masih lagi kehilangan kata-kata. Hanya dibuang pandangannya ke arah jalan raya yang tidak sesibuk mana. Diam saja. "Apa lagi yang kau fikirkan Men? Kecik aja tu. Bersyukurlah kau masih punya kedua orang tua. Berbaktilah kepada kedua mereka selagi hayat mereka dan hayat kita di kandung badan. Kita tak pernah tahu bila kita akan dipanggil Tuhan, Men. Kau tengok saja aku... aku dah tak punya ayah untuk aku curahkan jasa bakti, untuk aku bermanja dan meminta pandangan, untuk aku berkongsi tentang kehidupan. Aku dah kehilangan ayah, Men. Jangan sampai kau kehilangan baru kau sedar betapa besarnya nikmat kurniaan Tuhan! " Kali ini, giliran Rasyid pula kehilangan kata-kata. Air jernih mula bergenang. Teringatkan arwah ayahnya yang telah meninggal ketika usianya masih remaja, tujuh belas tahun, di saat beberapa minggu lagi untuk dia mengambil peperiksaan S.P.M. Meskipun sudah agak lama, sebelas tahun yang lalu, namun pilu kerana kehilangan ayahnya masih lagi terasa. Ayah yang tercinta, tiada gantinya! Rasyid bingkas beredar meninggalkan Amin dengan emosi yang terusik. Benar kata Rasyid. Tidak satu pun bersalahan dengan kata akalnya. Tapi, hatinya, begitu berat sekali untuk mengizinkan abahnya menjual motor itu. Serba salah dia!

TEPAT,, Sudah seminggu motor Amin di jual. Kesedihan berpisah dengan motor kesayangannya itu sedikit-sebanyak sudah terubat dengan air muka ayahnya yang semakin jernih. Mungkin masalah abah sudah selesai. Amin puas hati dengan keputusan yang diambilnya tempoh hari. Meskipun abah tak pernah mengucapkan terima kasih, namun senyuman dan bicara mata abah sudah cukup untuk mengucapkan kata-kata itu dari hati abah. Amin juga semakin mengenali diri Rasyid yang sebenar-benarnya. Rupa-rupanya, Rasyid yang dikenali semenjak enam tahun yang lalu menyimpan banyak rahsia tentang dirinya. Amin sedikit kesal, kerana tidak pernah cuba mendalami isi hati Rasyid dan juga kesal kerana Rasyid tidak pernah mahu bercerita tentang kehidupan peribadinya dengan lebih lanjut lagi. Namun itulah Rasyid. Tidak pernah mahu menyusahkan oranng. Amin beristirehat di bawah pokok rambutan di halaman rumahnya, melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Dari jauh kedengaran mak memberikan ayam makanan dan karenah adik bungsunya yang begitu nakal mengejar itik angsa peliharaannya. Amin tersenyum sendirian. Bangga menjadi anak abah dan emaknya. Dari jauh kedengaran sayup-sayup enjin motor abah. Kemudian, suara ayam itik mak kembali menguasai suasana. "Assalamualaikum, Along. Termenung jauh nampak? Teringatkan awek ke?" Abah menegur Amin, lalu melabuhkan duduk bersama Amin. "Wa'alaikumussalam..ish, mana ada awek abah. Siapalah yang hendakkan anak abah yang tak hensem ni. Baru balik, bah? Bau busuklah abah ni, pergilah mandi dulu. Nanti bau abah tu berjangkit pula pada along ni." Gurau Amin. "Pandailah kamu ni, nak menyakat abah ye? Along, terima kasih ya, hari tu tolong abah. Abah minta maaf, sebenarnya abah dah tak ada jalan lain." Abah sepatah-sepatah menyusun ayat. Amin terharu dengan ucapan terima kasih ayahnya itu. Sepatutnya, Aminlah yang harus berterima kasih kepada abah kerana sanggup dan ikhlas berkorban untuk dirinya dan keluarga dari kecil hingga dewasa. Belum sempat Amin membuka mulut, abah menyambung."Sebenarnya... duit tu... abah nak tebus kembali tanah kebun kita yang ayah pajakkan dulu semasa kamu hampir sedang belajar dulu. Waktu tu abah tak cukup duit. Walaupun dah lama, tapi hutang abah tak juga habis. Sebulan dua abah tunggakkan pembayaran, bunganya tinggi benar. Sekarang, bakinya cuma tinggal sedikit. Cuma baru-baru ni, abah dah lima bulan tidak membayar ansuran tu. Pihak berkenaan sudah keluarkan notis kepada abah. Sayang tanah tu Along. Abah bukan sengaja tak nak bayar, tapi, along tahu, kan, Ateh baru masuk ke IPTA, dan Alang juga mendaftar untuk semester barunya, sebab tu abah kekurangan modal." "Bukan abah tak nak minta tolong dengan Along. Tapi, abah tengok, perniagaan along sendiri, belum kukuh lagi. Tak eloklah jika diganggu modal dan simpanan yang ada. Jalan yang abah nampak, cuma motor tu sajalah. Abah harap along tak marah dan abah harap juga along faham keadaan abah. Maafkan abah ya, along, kerana terpaksa mengorbankan motor kesayangan along tu." Berombak dada abah bercerita hal yang sebenarnya. Amin begitu terkejut dengan penjelasan abah. Banyak juga perkara yang abah sorokkan dari Amin. Benarlah, kata orang, walaupun anak itu dah dewasa, tapi bagi ibubapanya, anak mereka masih dan sentiasa kecil yang perlukan perhatian dan keutamaan dalam apa juga hal. Abah memang tidak pernah mahu menyusahkan sesiapa. Amin akan kenang jasa abah dan mak sampai bila-bila, dan dia berazam untuk membalas budi kedua mereka selagi hayat dikandung badan.

DIALOG DUA SAHABAT,, "Benar cakap kau, Syid. Mujurlah aku dengar nasihat kau hari tu. Aku tengok abah aku sekarang makin ceria. Lapang dada aku melihatnya. Seperkara ladi, maafkanlah aku kerana menyinggung hati kau tempohari. Kau tak pernah pun cerita kat aku yang kau anak yatim. Jadi, selama ini, yang kau panggil ayah tu, sebenarnya ayah tiri kau. Tak nampak macam ayah tiri, kau layan dia macam ayah kau sendiri. Begitu juga ayah kau tu. Manalah aku nak tau. Nama mereka pun sama, Mohammad." "Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun, aku cerita atau tidak, tak ada apa-apa perbezaan, kan? Aku memang anggap ayah aku tu macam ayah kandung aku. Dialah yang memberikan aku ruang untuk aku merasai kasih ayah. Walaupun tak sama, tapi serupa. Aku hargai apa yang Tuhan berikan pada aku, kerana aku tahu, pasti ada rahsia di sebalik ini semua. Begitulah hidup kita, Men. Jangan sampai terlewat waktu, jangan sampai terlepas dari tangan, baru kita tahu nilainya. Ingat, Men. Walau apa pun juga, hargailah detik bersama. Kerana masa itu sebenarnya bukan milik kita." "Ye la, Syid. Mujurlah abah jual motor tu. Kalau tidak, mungkin aku masih lagi rabun untuk melihat nilai kasih sayang yang sebenar-benarnya. Mujurlah abah jual motor tu!" "Kan aku dah kata, pasti ada rahsianya. Bersyukurlah kawan!" "Alhamdulillah........" "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tiada menyembah selain daripadaNya, dan kepada kedua ibubapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sekali telah mencapai umur tua, maka, janganlah engkau mengatakan 'cis', dan janganlah menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkahlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan, dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih-sayang sejak masa aku kecil." (al-Isra': 23-24)

Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Seikhlas kemaafan AKU pohonkan seandainya ada sebarang kesalahan dan kesilapan dan kerana hasil yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Dia, Maha Mengasihani. Terima kasih sejambak sayang buat semua.

Thursday, September 3, 2009

KEBETULAN...

ermmm... kebetulan, semuanya sacara kebetulan. mungkin ni lah nama nya takdir. kadang2 kelakar gak. bila difikir2kan semula rasa mcm dalam cite kat tv lak. huhuhu. tp itu lah hakikat kehidupan penuh dgn kebetulan yg xdijangkakan. mungkin ini lah yg dikatakan keseronokkan dlm kehidupan. kalau xde kejutan dan tiada kebetulan maka hidup ni xde ape lg lah yg nak dikongsikan.
nak dijadikan cerita, dulu ak adalah kenal dgn sorg bdk ni, nm dia sry lah ye xleh nak bg tau. huhuu rahsia.. ermm aku berkawan agak rapat gak lah dgn dia. masa aku kenal dgn dia ni pun secara kebetulan gak. pastu dia mintak no. fon aku dan aku pon bg dan kami pon msj2 lah hingga lah jd rapat. mula2 msj kat fon pastu add kat friendster pastu add kat ym. selalu lah kitaorg borak and kongsi2 pendapat.
aku ni jenis yg suka cr kawan br. jd aku pon view lah dia punya profile kat fs. jd aku jumpa sorg bdk ni, entah knp aku tiba2 tertarik pada dia. jd aku pon add lah dia. tp aku xpenah antar msj or comen pon kat dia. satu ari tu dia msj aku, xtau lah knp. jd aku pon layan lah. layan punya layan lastly kami pon rapat and aku add dia kat ym. pastu kami selalu lah msj kat ym. satu ari tu dia bg no fon dia kat aku. aku ni jenis yg lurus, jd aku ambik no fon dia and simpan kat fon aku. lama aku simpan no fon dia. tp, aku xbg pon no fon aku kat dia.
satu ari tu xingat dah sbb ape aku termsj dia kat fon. jd dia dpt lah no fon aku. tp nasib baik lah dia ni jenis bdk baik gak kot sbb dia xpenah kacau aku guna fon. cuma msj2 biasa je dia bg.huhuhu
selalu gak ar kami msj. tp bila jmpa wat2 xkenal. kelakar tul sbb aku ni memang jenis yg mcm tu. kalau org tu xtegur aku jgn harap lah aku akan tegur org tu.huhuhuhu. ari ni.... tekejut aku, tanpa disangka dan diduga aku berkenalan lak dgn kwn dia ni. ni lah yg dinamakan kebetulan. yg pasti kwn dia ni xtau pon aku kwn ngan kwn dia. dan kwn aku ni pon xtau pon aku berkenalan dgn kwn dia. pening ke??? huhuhu saje je pusing2 ayat...
kami kenal dah lama. masa 1st week dulu. tp aku lupa muka dia and nama dia. ari ni aku jmpa dia blk. nasib baik dia ingat lg muka aku. jd blh lah kami berkomunikasi seperti biasa. walaupon dalam ati ni tuhan saje yg tahu.ye lah org tu kenal kita tp kita xkenal pon org tu.huhuhu. tu je lah pon yg aku nak cite. kalau ada pape yg berlaku antara kami nanti aku pos lagi cite kat cni. sbb xtau lah ape yg akan berlaku lepas ni. huhuhu kita tggu dan lihat ape lg kebetulan dan kejutan yg akan aku terima lepas ni. huhuhu harap2 kejutan lepas ni biarlah kejutan yg menarik yg blh aku kongsikan kat cni. doa2kan lah ye... wassalam....

Wednesday, September 2, 2009

TARAWIH...

tiba2 terfikir nak tulis pasal tarawih. mula nya sbb dr. tajul lah smlm yg dok cte pasal tarawih dlm kls islamic finance. xde ken mengena pon dgn kls kami, sekadar tazkirah sebelum memulakan kls. katanya di ada bergaduh dgn wife dia pasal hal ni. wife dia ckp solat tarawih ni cuma sunat je. nak wat blh xwat pon blh. tp yg ape yg dr.tajul katakan bila difikir2kan semula ada benarnya. dr.tajul menyatakan bahawa, ya.. benar solat tarawih tu cuma sunat sahaja. nak wat blh xwat pon blh. tp cuba fikirkan semula, ramadhan hanya dtg sekali dlm setahun. dan tarawih hanya blh dikerjakan dlm bulan ramadhan. melakukan nya hanya lah sunat. xwat xdpt dosa. tp klu wat dpt sgt byk pahala. walaupon kita meninggalkan solat tarawih xdpt dosa tp kita tlh mengalami kerugian yg sgt besar. tarawih hanya dtg sekali dlm setahun. ape lah salahnya kalau kita mengerjakan nya. lagipon apa lah yg kita wat di mlm2 hari. kadang2 kita wat perkara yg xberfaedah pon. jd lebih baik kita ke masjid dan dirikan solat tarawih.

di setiap mlm pada bulan ramadhan ada byk fadhilat dan faedah sekiranya kita mendirikan solat tarawih. setiap mlm nya dr mlm pertama hingga mlm terakhir mempunyai fadhilat yg berbeza2. aku pernah gak terbaca pasal fadhilat solat tarawih ni tp dah lupa dah. huhuhu... biasalah melayu mudah lupa...ermmm cari lah buku sendiri kalau nak tau fadhilatnya. setelah anda tau mesti anda akan sedar bertapa bernilainya stp mlm di bln ramadhan dan anda akan menyesal sbb x mendirikan solat tarawih.

ramadhan hanya dtg sekali dlm setahun. jgn lah sia2 kan ia dgn perkara2 yg xberfaedah. marilah kita melakukan lebih byk amal ibadat di bulan ramadhan ini. tp xbermakna di bulan2 yg lain kita xperlu memperbayakkan amal ibadat. lakukan lah setakat yg kita termampu. thn depan masih blm pasti utk kita. andai ditakdirkan roh bercerai dr badan sebelum sempat kita berjumpa dgn ramadhan thn hadapan alangkah ruginya kita. ari ni br 12 ramadhan. jd kita tggl dlm 17 hingga 18 ari lg sebelum menjelma nya syawal. jd kita masih ada byk ari lg utk mendirikan solat tarawih. jgn lah sia2 kan hari2 yg tinggal ini. aku pon berharap sgt agar aku dpt mendirikan solat tarawih setiap mlm. insyaallah klu ada semangat dan kesungguhan dan kaizinan dr yg maha Esa aku blh melakukan nya. aku percaya anda semua pon blh melakukan nya.....

JOM KITA PAKAT P RAMAI2 MENDIRIKAN SOLAT TARAWIH. MARILAH KITA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.......

Monday, August 31, 2009


kek coklat kegemarannya....


LAFAZ YANG TERSIMPAN…

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut wajahmu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu..


Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia..


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu..


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia..


Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata…..


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan..

luahkan selagi kamu masih berkesempatan utk melakukannya. sesungguh nya kita xmengetahui bila perpisahan itu kan terjadi. jgn biarkan penyesalan menghantui diri mu krn beratnya bibir untuk melafazkannya...... aku tlh melakukan kesilpan yg besar dlm hidupku...maafkan lah sesungguhnya hati ini sgt menyayangi mu......

KEHILANGAN....




bila bersendirian begini perasaan ku mula hanyut, pada tika ini aku merasa betul2 kehilangan. hilangnya seorg insan yg amat aku sayangi, kasihi dan cintai. perginya yg xkan kembali. pergi yg abadi. masih segar di ingatan 18 januari 2009 aku menerima msj yg xpenah aku duga akan ku terima msj spt itu. msj yg meluruhkan semangat dan kekuatan ku. msj yg memecahkan empang air mata ku. msj yg membuatkan aku rasa dunia ini tidak adil untk aku. masih ku ingat msj nya "akak dah xde" ringkas namun sgt menyakitkan. pemergiannya xdisangka, mengejut, dan tiba2. namun aku redha andai ini takdirnya. Dia lebih mengetahui setiap sesuatu yg terjadi.




kadang terfikir, bagaimana harus ku lalui adilfitri kali ini tanpa dia di sisi kami. insan yg selalu mencetuskan kekecohan dan kebisingan di pg aidilfitri. yg di setiap pg akan mencetuskan pergaduhan dgn adik. berebut bj raya yg stp thn mak ayah belikan sama corak n warnanya. yg membezakannya hanyalah saiz.huhuhu indah nya tika itu. aku lah org nya yg akan memarahi mereka berdua dan menyiapkan mereka berdua. indah.. ku rindu saat itu.




ermmm kepulangan ku kali ini membawa seribu perasaan yg xterluah dgn kata2. aku sering teringat, tiap kali aku pulang ke rumah dia akan meminta ku membuatkan utk nya kek coklat kegemarannya. minat sungguh dia mkn kek coklat. tp kali ini semua itu tlh berubah. tiada siapa lg yg akan meminta, merengek dan merayu pd ku utk dibuatkan kek coklat. tiada lg insan yg akan membantu dlm masa yg sama mengganggu aku utk menyiapkan kek coklat. tiada.... kenagan hanya tinggal kenangan. yg xmungkin akan dpt aku lupakan utk selamanya. dan mungkin tiada lg kek coklat yg akan ku buat dan sajikan kpd tetamu utk aidilfitri kali ini...




masih terasa jari jemarinya yg halus menyisir rambut ini. halus dan lembut. suka dia meyisir rambutku. namun sisirannya seringkali mengusutkan rambutku. dia selalu bertanya bila rambutku akan pjg. huhuhuhu aku hanya menyatakan pdnya bila insan yg ku tunjuk kan gmbrnya menjadi milik ku. dia hanya ketawa. rahsia itu hanya dia yg mengetahui. dia selalu megugutku akan membocorkan rahsia ku. huhuhuhu. namun kini rahsia ku tersimpan abadi bersamanya di sana. akak... kerinduan ini sgt menyiksakan... akak sekarang aku dah belajar utk menyimpan rambutku. membiarkan ia pjg walaupun "dia" xmungkin menjadi milikku. lebih menjadi sorg perempuan yg berhati lembut dan kental. mungkin inilah hikmah disebalik ape yg tlh terjadi.




aku sentiasa mendoakan agar akak bahagia di sana. di tempatkan di samping org2 yg beriman dan bertaqwa. hanya doa dan fatihah yg dpt ku kirimkan setiap hari agar akak damai di sana. dan ku mohon pd semua yg membaca artikel ini, sedekahkan lah fatihah untuk nya agar rohnya dicucuri rahmat. AL- Fatihah......


NUR FARIHAH DIRI MU TETAP DLM INGATAN KAMI.....


Sunday, August 30, 2009


KU INGIN KAU MENJADI MILIK KU...


Demi semua yang

aku jalani bersamamu

Kuingin kau jadi milikku

Kuingin kau disampingku


Tanpa dirimu

ku hanya manusia tanpa cinta

Dan hanya dirimu yang bisa

Membawa surga dalam hatiku


Kuingin engkau menjadi milikku

Aku akan mencintaimu

Menjagamu selama hidupku

Dan aku kan berjanji

Hanya kaulah yang kusayangi

Ku akan setia disini

Menemani…


Sentuhanmu....

Bagaikan tangan sang dewa cinta

Yang berhiaskan bunga asmara

Dan membuatku tak kuasa


Di setiap arung gerakmu

Tersimpan di hati kecilku

Bahawa dirimu terindah untukku


Selama ku masih bisa bertahan

Selama ku masih bisa bernafas

Selama Tuhan masih mengizinkan

Kuingin selalu menjagamu