KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Wednesday, September 2, 2009

TARAWIH...

tiba2 terfikir nak tulis pasal tarawih. mula nya sbb dr. tajul lah smlm yg dok cte pasal tarawih dlm kls islamic finance. xde ken mengena pon dgn kls kami, sekadar tazkirah sebelum memulakan kls. katanya di ada bergaduh dgn wife dia pasal hal ni. wife dia ckp solat tarawih ni cuma sunat je. nak wat blh xwat pon blh. tp yg ape yg dr.tajul katakan bila difikir2kan semula ada benarnya. dr.tajul menyatakan bahawa, ya.. benar solat tarawih tu cuma sunat sahaja. nak wat blh xwat pon blh. tp cuba fikirkan semula, ramadhan hanya dtg sekali dlm setahun. dan tarawih hanya blh dikerjakan dlm bulan ramadhan. melakukan nya hanya lah sunat. xwat xdpt dosa. tp klu wat dpt sgt byk pahala. walaupon kita meninggalkan solat tarawih xdpt dosa tp kita tlh mengalami kerugian yg sgt besar. tarawih hanya dtg sekali dlm setahun. ape lah salahnya kalau kita mengerjakan nya. lagipon apa lah yg kita wat di mlm2 hari. kadang2 kita wat perkara yg xberfaedah pon. jd lebih baik kita ke masjid dan dirikan solat tarawih.

di setiap mlm pada bulan ramadhan ada byk fadhilat dan faedah sekiranya kita mendirikan solat tarawih. setiap mlm nya dr mlm pertama hingga mlm terakhir mempunyai fadhilat yg berbeza2. aku pernah gak terbaca pasal fadhilat solat tarawih ni tp dah lupa dah. huhuhu... biasalah melayu mudah lupa...ermmm cari lah buku sendiri kalau nak tau fadhilatnya. setelah anda tau mesti anda akan sedar bertapa bernilainya stp mlm di bln ramadhan dan anda akan menyesal sbb x mendirikan solat tarawih.

ramadhan hanya dtg sekali dlm setahun. jgn lah sia2 kan ia dgn perkara2 yg xberfaedah. marilah kita melakukan lebih byk amal ibadat di bulan ramadhan ini. tp xbermakna di bulan2 yg lain kita xperlu memperbayakkan amal ibadat. lakukan lah setakat yg kita termampu. thn depan masih blm pasti utk kita. andai ditakdirkan roh bercerai dr badan sebelum sempat kita berjumpa dgn ramadhan thn hadapan alangkah ruginya kita. ari ni br 12 ramadhan. jd kita tggl dlm 17 hingga 18 ari lg sebelum menjelma nya syawal. jd kita masih ada byk ari lg utk mendirikan solat tarawih. jgn lah sia2 kan hari2 yg tinggal ini. aku pon berharap sgt agar aku dpt mendirikan solat tarawih setiap mlm. insyaallah klu ada semangat dan kesungguhan dan kaizinan dr yg maha Esa aku blh melakukan nya. aku percaya anda semua pon blh melakukan nya.....

JOM KITA PAKAT P RAMAI2 MENDIRIKAN SOLAT TARAWIH. MARILAH KITA MENGIMARAHKAN MASJID KITA.......

No comments:

Post a Comment