KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Thursday, October 8, 2009

roommateKu...



Roommate baru ku si ikan puyu.. ermm seronok gak bila ada hidupan lain dlm blk kita ni..walaupun keseorangan tapi xbersendirian… huuhuhu.. bila2 bosan, sunyi, sepi, xtau nak wat pe, leh gak lah borak2 ngan dia. Nak tau nama dia sape?? Huhuhu xyah lah tau..yg penting aku selalu panggil dia “sayang”… kadang2 roommate aku selalu pelik tgk perangai aku sekarang ni sbb selalu sgt ckp sorg2.. dia ckp parah dah dak ni…huhuu… memang lah pd kenyataan nya aku ckp sorg2 tp hakikatnya aku x berckp sendirian. Aku ckp ngan si ikan ni… salah ke aku.. klu aku ckp ngan dia… walaupun dia xbg ape2 respon tp dia bagaikan mengerti ape yg nak aku katakan.. klu aku ckp ngan dia… dia pandang je aku…pastu dia berenang2 dgn lembutnya dlm balang dia… suka aku tgk dia.. tenang rasa jiwa…yg sentiasa kusut dgn bermcm2 masalah…

Mari kita berkongsi… betul ke org ckp ikan puyu ni blh menghalang kuasa jahat dr msk ke bilik klu kita simpan dia kat bilik kita??? Mitos ni aku sendiri pun xpasti… tp… ni lah yg dikatakan oleh org tua2 kita…dan sbb tu jugalah aku sanggup mengangkut si ikan puyu ni dr Pahang sampai ke peneng ni. Perjalanan yg agak jauh… tp.. klu nak diingat semula utk si ikan ni sampai ke sini dia terpaksa menaiki 6 jenis kenderaan.

1st dia terlekat pd jaring di sungai pahang maka dia naik lah bot dan di bawa blk ke rumah tuan dia yg pertama dan diletakkan dlm akuarium. Pastu aku n adik aku dtg ambik sbb kitaorg dah cr merata2 dah xjmpa ngan si ikan puyu. So.. km ambik keputusan ceduk je ikan puyu si Syuko yg ada dlm akuarium dia.huhuhu..jgn marah ye Syuko…pastu aku letak dia dlm balang dan bwk dia blk umah naik moto…maka kenderaan ke dua dia ialah moto…

Pastu sampai kat umah aku letak dia dlm balang yg lg kecik bg mudah ckit aku nak bwk dia naik bas nanti…aku letak dia ngan 3 ekor kwn dia iaitu si ikan sepat… tp…malangnya kwn2 dia mati menjelang malam tu sblm aku bertolak ke temerloh… nasib baik aku tgk dulu sblm bwk kan…klu x bwk blk ikan mati lah alamatnya…xtau lah sbb ape dia mati..dah ajal dia…tinggallah si puyu ni sekor meneruskan perjalanan dan pengembaraan nya yg jauh…

Kenderaan ke 3 yg dinaiki ialah ezora kereta ayah aku…sampai temerloh lepas 1 jam menunggu lalu aku dan dia pun naik lah bas…kenderaan yg ke 4. Aku bwk dia naik atas..dok sekali ngan aku..huhuhu org sebelah pandang aku semacam je..lantak ar dia…lepas 7 jam dlm bas km sampai butterworth.... kul 4.30pg.. pastu aku bwk ar dia ni jln kaki ke jeti…

Dlm kul 5.30 feri sampai…aku dan dia pun naik lah feri..kenderaan yg ke 5… sejuk giler dlm feri..aku peluk je lah balang dia..sapai dlm kul 6. Jln2 cari bas rapid peneng.. dah jmpa bas 303..terus naik…penumpang 1st.huhuhu…bas rapid kenderaan yg ke 6. Maka sampai lah km ke USM…

Jln2 sampai bilik terus tukar balang dia..sian aku tgk dia letih kot jln jauh sgt..lemah semacam je..jgn mati udah le…penat aku bwk dia…nasib aku baik..nyawa dia pjg… sampai skrg masih lg berenag2 dgn aman di tempat br nya…huhuhu.. dan jd lah dia roommate br aku…

Tu lah kisah pengembaraan dia yg jauh dan pjg…bukan senang tau dia nak sampai sini…huhuu. sbb tu gak ar aku syg sgt kat dia....

No comments:

Post a Comment