KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Sunday, May 2, 2010

KESEDIHAN KU...

29/04/2010- entah di mana silap nya, entah ape punca nya, aku kini telah kehilangan insan yang aku sayang. kenapa aku jadi begini? saban hari kedegilan ku semakin menjadi2. mempertahan kan ego yg xkene pada tempat nya. kini aku juga yg merana. menanggung kesedihan ditinggalkan insan tercinta. kalau aku jadi dia aku rasa aku pon xleh tahan dgn perangai aku semdiri. hrmmmm entah lah. mungkin ini lah takdir nya. aku redha dan berusaha utk berubah menjadi insan yg lebih baik.

4 bln 9 hari itu je tempoh perhubungan kami. akhirnya berakhir dek kerana masalah yg sgt lah kecil. oleh kerana sifat aku yg xleh nak bertolak ansur, baran, degil, ego dan mcm2 lg lah dia pergi tggl kan aku. padan muka aku. wat perangai lagi. menyesal pon dah xguna. nasi dah menjadi bubur. keputusan telah dibuat. nak nangis pon dah xde air mata rasa nya.

esok paper last aku. 08/05/2010 aku balik pahang kul 10 mlm kat sg. nibong. pergi meninggal seribu kengan terindah di sini. kenanagn bersama nya. xmungkin dapat aku lupa. tempat pertama kali bersua. indah nya masa tu. kalau lah aku blh kembali ke masa itu... ermmmm.. xmungkin terjadi....perjuangan harus diteruskan. 10/05/2010 aku dah start praktikal. jadi aku kene ubah sikap aku, penampilan aku, gaya aku agar nampak lebih matang dan dewasa. simpan segala yg berlaku jauh di lubuk hati dan mulakan hidup baru. mungkin hidup yg penuh dgn kepura-puraan. biarlah... janji aku bisa membahagiakan org lain....

walau apa pun yg terjadi, dimana aku berada, siapa pun aku selepas ini, aku akan tetap sayang dia. biarlah apa pon perasaan dia terhadap aku. aku xkisah. yg penting dia tetap di hatiku. senyum nya tetap azimat ku. walaupun aku xmungkin lagi melihat senyuman nya. aku redha kerana ku tahu semuanya adalah salah ku. aku yg pilih jalan ini. jadi aku kene tanggung akibat nya..

tetap menyayangi mu walau ape pon yang terjadi.....

2 comments:

  1. "saban hari kedegilan ku semakin menjadi2. mempertahan kan ego yg xkene pada tempat nya"

    "oleh kerana sifat aku yg xleh nak bertolak ansur, baran, degil, ego dan mcm2 lg lah"

    Berubahlah demi dia,agar 'org' yg membenci anda tidak mentertawakan anda bila hubungan anda bersama si dia terputus..

    ReplyDelete
  2. ya..... terima kasih atas nasihat yang diberi...

    ReplyDelete