KAMPUNG KU....

KAMPUNG KU....

Sunday, March 7, 2010

HATI ITU MUDAH DIKOTORI.......

Hati adalah keajaiban yang diciptakan oleh Allah SWT yang merupakan anugerah besar kepada manusia. Hati yang dimaksudkan adalah hati nurani…dimana terletaknya pelbagai jenis perasaan dan mempengaruhi seseorang dalam tindak-tanduknya. Hati ini bukanlah organ fizikal yang boleh dilihat atau disentuh…namun setiap perlakuan kita di atas muka bumi ini akan mewarnai hati dan juga menjadi sama ada seseorang itu akan mendapatkan keselamatan atau kebinasaan sama ada di dunia mahupun di akhirat…sesungguhnya penglihatan dan pengetahuan manusia itu terbatas…Ya Allah…seandainya kita diberi keizinan untuk melihat warna pada hati kita yang mula kita warnai sendiri sejak kita lahir sehingga ke hari ini…apakah agak-agaknya warna hati kita ya?


“Bahawasanya iman itu akan tampak di hati sebagai titik-titik putih, sewaktu-waktu iman bertambah, bertambahlah pula titik putih itu, maka apabila iman seseorang menjadi sempurna, menjadi putihlah hati keseluruhannya. Dan sesungguhnya nifaq akan tampak di hati sebagai titik hitam, apabila nifaq itu bertambah, bertambah pula titik hitam itu, maka apabila nifaq itu bertambah sempurna (menjadi sempurna), menjadi hitamlah hati keseluruhannya.”
-Saidina Ali R.A-


Istighfar…istighfar…istighfar…

Fikirkan betapa banyak dosa yang telah kita buat…manusia selalu terlupa apa yang dilakukan…kita juga lupa bahawa walaupun kita lupa…pahala tetap pahala…dosa tetap dosa…dan Pencipta yang menciptakan malaikat raqib dan atid yang setia mencatat apa sahaja yang kita lakukan…tidak lupa akan setiap inci tindak tanduk..setiap patah perkataan yang terkeluar….setiap keringat yang mengalir…setiap lintasan hati…dan pastinya setiap perbuatan itu…akan menjadi hutang yang perlu dibayar oleh kita. Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa Allah perlu mencipta malaikat untuk mencatatkan segala amalan sedangkan Allah pastinya mengetahui dan mengingati segala-galanya…sebenarnya catatan itu akan menjadi bukti bertulis yang akan diberikan kepada kita pada suatu masa nanti…sebelum berlakunya timbangan amalan dan pemutusan hukuman…kerana apa? Kerana manusia pelupa…dan suka mempersoalkan pula…jadi..apabila menerima buku amalan nanti…kita tidak akan berpeluang membela diri dan apalagi mencari peguambela…kerana bukti dari sumber primer yang begitu sahih dan nyata telah berada di depan mata…nah!!! Bukan sahaja itu…kita juga akan ditayangkan balik rakaman live setiap inci dan sudut perbuatan kita di dunia ini…mulut pula yang selalu digunakan untuk tipu-menipu dan kelentong di dunia akan di kunci…anggota di badan sendiri pula menjadi saksi atas perbuatan baik atau buruk kita…Jadi, masih berpeluangkah untuk membela diri?


Firman Allah SWT yang mafhumnya,
“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki- Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki- Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Al-baqarah:284

“Apabila seseorang itu melakukan dosa maka satu titik hitam akan terlekat pada hatinya. Jika dia benar-benar bertaubat maka titik hitam itu akan hilang. Jika tidak, titik hitam itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa untuk kali ke dua maka titik kedua akan melekat pada hatinya dan seterusnya sehingga seluruh hatinya akan menjadi hitam. Kemudian perbuatan yang baik tidak lagi masuk ke dalam hatinya.”
Hadith Rasulullah SAW.

Semoga Allah menerima taubat kita dan membersihkan hati yang semakin hari semakin gelap warnanya ini….
Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment